Wednesday, April 20, 2011

Pengumuman penamaan calon pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012


Assalamualaikum warhmatullah wabarakaatuh.

Merujuk perkara di atas, saya dengan berbesar hatinya mengumumkan calon-calon yang layak untuk bertanding dalam pilihanraya PERMAI bagi sesi 2011/2012.

Calon-calon tersebut ialah:



SYABAB JUST
1. Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa
2. Muhamad Arif Hakimi bin Mohd Noor
3. Muhammad Naim Bin Deraman
4. Ulya Aqamah bin Husamudin
5. Wan Muhammad Najib bin Wan Mohd Daud

SYABAB YARMOUK
1. Ahmad Firdaus bin Kadir
2. Ammar bin Ismail
3. Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin
4. Muhammad Iz’aan bin Azalan
5. Muhammad Sahel bin Nordin


AKHAWAT JUST
1. Farhanah binti Tajurudin
2. Nur Farah Aisyah binti Nazim
3. Nurul Kauthar binti Khari
4. Raihana binti Ahmad Nazri
5. Siti Fatimah binti Ismail

AKHAWAT YARMOUK
1. Afifah binti Hamdan
2. Anisatul Qalbi binti Mohd Sofiyuddin
3. Nafeesa Ayesha binti Ahmad Fauzi
4. Nurul Hasna' binti Hazni
5. Sarah binti Abdul Razak






PROSES DAN SYARAT PENARIKAN DIRI CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI DALAM PILIHANRAYA PERMAI SESI 2011/2012
Calon-calon tidak dibenarkan menarik diri melainkan dengan alasan yang difikirkan munasabah oleh pihak JPR dan mematuhi prosedur-prosedur berikut: 


  1. Menghantar surat penarikan diri calon dalam tempoh 24 jam selepas tempoh penamaan calon beserta surat sokongan kepada Pengarah atau setiausaha JPR.
  2. Penarikan diri hanya dikira sah setelah diisytiharkan oleh pihak JPR.

PROSES BANTAHAN PENCALONAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DALAM PILIHANRAYA PERMAI SESI 2011/2012
Berikutan penamaan calon ini, pihak JPR memberi peluang kepada mana-mana ahli PERMAI untuk membuat bantahan terhadap mana-mana calon yang dirasakan tidak layak untuk dicalonkan.

Mana-mana ahli PERMAI yang ingin berbuat demikian perlu mematuhi prosedur-prosedur :
  1. Menghantar surat bantahan pencalonan dalam tempoh 24 jam selepas tempoh penamaan calon beserta surat sokongan kepada Pengarah atau setiausaha JPR.
  2. Penarikan diri hanya dikira sah setelah diisytiharkan oleh pihak JPR.


WARTA BERKEMPEN



Berikutan penamaan calon ini, pihak JPR memberi peluang kepada calon-calon dan / atau wakilnya yang terdiri daripada ahli PERMAI untuk berkempen mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tempoh untuk calon-calon dan/atau wakil calon berkempen bermula pada 24 April 2011 dan berakhir pada 28 April 2011 pada jam 10.00 malam.


Peraturan ringkas berkaitan kempen adalah seperti berikut:
i.        Calon hanya dibenarkan berkempen dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh JPR.
ii.       Pihak JPR mempunyai kuasa penuh untuk mengambil sebarang tindakan dan keputusan bagi calon dan penyokong yang melanggar etika yang telah ditetapkan.
iii.      *Peraturan tambahan berkaitan kempen akan dimaklumkan oleh pihak JPR kemudian.


" TELUS, CEKAP, BERWAWASAN"

Yang menjalankan amanah,

Muhammad Nursalam bin Abdullah
Pengarah,
Jawatankuasa pilihanraya PERMAI
sesi 2011/2012


1 comment:

  1. Assalamualaikum..
    Makluman kepada calon-calon syabab,surat penarikan diri serta surat sokongan mestilah diserahkan secara hardcopy kepada Pengarah sendiri. Manakala sebarang bantahan oleh ahli Permai pula bolehlah dihantar ke email Pengarah.

    Pada belah akhawat pula, surat penarikan diri, surat sokongan serta bantahan pencalonan pula boleh dihantar terus ke email Setiausaha.

    Dimaklumkan tarikh akhir penarikan diri serta bantahan pencalonan adalah pada jam 7.30pagi, 22 April 2011.Harap maklum.

    email Pengarah: no_sale43@yahoo.com
    email Setiausaha: amiekin227@yahoo.com.my

    ReplyDelete