Sunday, May 1, 2011

Muhasabah JPR

[Setiausaha]

SESI MUHASABAH JPR 2011/2012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian-Nya, Pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan pilihanraya PERMAI sesi ini.Harapan kami, Jawatankuasa Piliharaya(JPR) PERMAI supaya semua ahli PERMAI dapat memberikan kerjasama yang sebaik mungkin kepada barisan MT yang telah dipilih bagi melicinkan perjalanan PERMAI.

Dengan ini, pihak JPR dengan rendah dirinya membuka ruangan muhasabah buat semua ahli PERMAI. Sebarang kritikan, komen, cadangan terutamanya buat sesi akan datang bolehlah dihantar terus ke email khas JPR : jprlapanpermai@yahoo.com.

Saya, mewakili semua ahli JPR sesi ini ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang pilihanraya kali ini dikendalikan.

Sekian,terima kasih.

Statistik Undian

[Setiausaha]

Statistik Lanjut Mengenai Pilihanraya Permai Kali Kelapan

Peratusan Keluar Mengundi

Siswa: 71.2 % (menurun daripada 79.01% - 2010)

Siswi: 88.2 % (meningkat daripada 85.14% - 2010

Peratus yang keluar mengundi keseluruhan :79.96% (menurun daripada 82.8% - 2010)

Peratus ahli yang tidak mengundi : 20.04 % (179 orang daripada 893 yang layak mengundi)

Jenis Mengundi

Peratus yang mengundi manual: 99.86%

Peratus yang mengundi secara khas : 0.14% (1 daripada 714 undi)

Undi Rosak

Peratus undi rosak siswa: 4.73% (menurun daripada 8.88%-2010) (13 daripada 275 undian)

Peratus undi rosak siswi: 2.51% (menurun daripada 4.97%-2010) (11 daripada 439 undian)

Peratus undi rosak keseluruhan: 3.36% (menurun daripada 6.36% -2010)

Peratus undi yang diterima : 96.64%

Keputusan Pilihanraya PERMAI 2011/2012

[Setiausaha]

MAKLUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA PERMAI SESI 2011/2012


Merujuk kepada perkara di atas, sukacitanya, dengan ini Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI (JPR) ingin memaklumkan keputusan Pilihanraya sesi 2011/2012 yang telah diadakan pada hari Jumaat, 29 April 2011 yang lalu.


2. Berikut merupakan keputusan muktamad Pilihanraya PERMAI seperti yang telah diumumkan oleh Pengarah JPR pada 30 April 2011.



Kerusi MT PERMAI


Siswa :
 
JUST:

1. Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa - 626 undi
2. Wan Muhammad Najib Wan Mohd Daud - 558 undi
3. Muhammad Naim bin Deraman - 444 undi

YARMOUK:

1. Muhammad Sahel bin Nordin - 620 undi
2. Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin - 525 undi
3. Muhammad Hatta bin Shafri - 472 undi



Siswi :
 
JUST:

1. Siti Fatimah binti Ismail - 632 undi
2. Raihana binti Ahmad Nazri - 558 undi
3. Nurul Kauthar Binti Mohd Khari - 538 undi

YARMOUK:

1. Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi - 594 undi
2. Afifah binti Hamdan - 533 undi
3. Nurfadhilah binti Husin - 446 undi



Kerusi PRESIDEN dan KETUA HELWI



PRESIDEN PERMAI :
Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa (JUST) - 420 undi

KETUA HELWI : 
Siti Fatimah binti Ismail (JUST) - 496 undi



3. Bersama-sama ini, dimaklumkan juga peratusan dalam hal-hal yang berkaitan pilihanraya :

i. Peratus ahli yang mengundi : 79.96 %
ii. Peratus ahli yang tidak mengundi : 20.04 %
iii. Peratus ahli yang mengundi secara manual : 99.86 %
iv. Peratus ahli yang mengundi secara khas : 0.14%
v. Peratus undi yang diterima : 96.64%
vi. Peratus undi yang rosak : 3.36 %

4. Sekalung tahniah kepada calon-calon yang berjaya dalam Pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012 ini. Pihak JPR ingin merakamkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh semua ahli PERMAI dan memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan yang wujud sepanjang pengendalian pilihanraya kali ini. Semoga pucuk pimpinan baru PERMAI dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.


Sekian, terima kasih.



‘CEKAP, TELUS, BERWAWASAN’

Saya yang menjalankan tugas, 
(NUR SHAMILAH ASHIKIN BINTI JAMIL) 
Setiausaha,
Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI, 
Sesi 2011/2012. 





Disahkan oleh, 
(MUHAMMAD NURSALAM BIN ABDULLAH) 
Pengarah, 
Jawatankuasa Pilihanraya PERMAI,
Sesi 2011/2012.

Thursday, April 28, 2011

Elakkan undi rosak


Arahan dalam borang undi: 

1. Setiap pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswa JUST dan 3 orang calon siswa Yarmouk

2. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memilih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi PRESIDEN

3. Seterusnya pengundi dikehendaki membuat undian 3 orang calon siswi JUST dan 3 orang calon siswi Yarmouk

4. Daripada 6 nama yang diundi, pengundi dikehendaki memilih satu nama sahaja bagi menduduki kerusi KETUA HELWI

5. Gunakan simbol pangkah (X) SAHAJA di kotak yang telah disediakan

6. Pengundi dikehendaki menulis nama penuh PRESIDEN / KETUA HELWI di ruangan kosong yang telah disediakan.

7. Kegagalan pengundi-pengundi mengikuti mengikut arahan-arahan di atas menyebabkan undi anda rosak dan tidak akan dikira.


Sifarkan undi rosak






ELAKKAN UNDI ROSAK!!!!!!!!!

PASTIKAN ANDA:

  • MEMANGKAH DI DALAM KOTAK BERSEBELAHAN NAMA CALON
  • MENGGUNAKAN SIMBOL PANGKAH (X) SAHAJA
  • MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWA JUST DAN 3 CALON SISWA YARMOUK
  • MENULIS NAMA SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN PRESIDEN (BAGI CALON SISWA)
  • MENULIS NAMA PENUH CALON PRESIDEN(BAGI CALON SISWA) DENGAN MENGIKUT EJAAN YANG BETUL
  • MEMANGKAH HANYA 3 CALON SISWI JUST DAN 3 CALON SISWI YARMOUK
  • MENULIS NAMA SALAH SEORANG DARIPADA 6 CALON SISWI YANG TELAH DIPANGKAH DI RUANGAN KETUA HELWI
  • MENULIS NAMA PENUH CALON KETUA HELWI (BAGI CALON SISWI) DENGAN MENGIKUT EJAAN YANG BETUL
  • MENULIS DENGAN TULISAN YANG BOLEH DIFAHAMI ATAU DIBACA

JANGAN SESEKALI
  • MEMANGKAH LEBIH ATAU KURANG DARI JUMLAH CALON YANG TELAH DITETAPKAN
  • MENULIS NAMA CALON SELAIN DARI CALON YANG TELAH DIPANGKAH UNTUK KERUSI PRESIDEN (CALON SISWA) ATAU KETUA HELWI (CALON SISWI)
  • MEMBUAT APA-APA TANDA SELAIN SIMBOL PANGKAH DI DALAM PETAK

Setiap Undi adalah berharga, janganlah sia-siakannya. 


Sekian Terima Kasih. bersedia Untuk mengundi!

Tuesday, April 26, 2011

Peraturan pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012

PENGIRAAN KEPUTUSAN PENGUNDIAN

Berikut merupakan cara-cara JPR mengira undi bagi pilihanraya kali ini :

1. Undi rosak
Sebarang undian dikira rosak sekiranya :


I. Bilangan undi yang dibuat kurang atau lebih daripada bilangan yang ditetapkan oleh JPR.


II. Pengundi menggunakan symbol selain pangkah (X) pada kotak yang disediakan


III. Pengundi meletakkan nama calon Presiden bukan daripada 6 nama yang dipilih daripada senarai calon-calon yang bertanding.


IV. Pengundi meletakkan nama calon Ketua HELWI bukan daripada 6 nama yang dipilih daripada senarai calon-calon yang bertanding.


V. Tulisan tidak boleh dibaca/difahami.


VI. Undian yang dilakukan tidak mencukupi / melanggar syarat / prosedur yang telah ditetapkan oleh JPR.
2. Penentuan Ahli MT PERMAI 2011/2012 


I. Calon-calon pilihanraya akan bertanding dalam kategori tertentu mengikut universiti masing-masing.


II. Bagi kategori siwa, 2 calon yang memenangi undi terbanyak daripada kedua-dua universiti akan diisytiharkan sebagai ahli Majlis Tertinggi PERMAI. Manakala tempat kosong yang kelima akan dipilih daripada undian yang terbanyak tanpa mengira universiti. Seterusnya, penyandang jawatan Presiden akan diambil daripada undian terbanyak daripada pada ruang pencalonan Presiden.


III. Bagi kategori siswi, 2 calon yang memenangi undi terbanyak daripada kedua-dua universiti akan diisytiharkan sebagai ahli Majlis Tertinggi PERMAI. Manakala tempat kosong yang kelima akan dipilih daripada undian yang terbanyak tanpa mengira universiti. Seterusnya, penyandang jawatan Ketua HELWI akan diambil daripada undian terbanyak daripada pada ruang pencalonan Ketua Helwi.


IV. Sekiranya berlaku persamaan bilangan undi bagi calon-calon, yang seterusnya akan mempengaruhi penentuan ahli MT PERMAI, pihak JPR akan membuat cabutan undi bagi menentukan calon yang akan diisytiharkan sebagai ahli MT PERMAI.
3. Penentuan penyandang jawatan Presiden dan Ketua Helwi sesi 2011/2012 

I. Jawatan Presiden PERMAI akan disandang oleh calon syabab yang memperoleh undian terbanyak bagi kerusi Presiden yang dipertandingkan.

II. Jawatan Ketua HELWI pula akan disandang oleh calon akhawat yang memperoleh undian terbanyak bagi kerusi Ketua HELWI yang dipertandingkan.

III. Sekiranya berlaku pertembungan jumlah bilangan undi, maka bilangan undian bagi calon-calon tersebut di kotak undian MT akan diambil kira.

IV. Penyandang jawatan Presiden dan Ketua HELWI tidak ditetapkan untuk mana-mana universiti.

V. Cabutan undi akan dibuat oleh JPR sekiranya pertembungan masih berlaku selepas pengiraan di kotak undi MT diambil kira.

SYARAT-SYARAT MENGUNDI 

I. Hanya ahli rasmi dan ahli bersekutu PERMAI sahaja yang layak untuk mengundi.

II. Pengundian hendaklah dibuat berpandukan nama-nama yang dipertandingkan sahaja.

III. Pengundi hendaklah mendaftarkan diri sebelum mengundi dengan membawa bersama kad pengenalan diri (iqamah atau hawiyah atau lain-lain yang difikirkan munasabah oleh JPR). Sebarang pengecualian tertakluk kepada budi bicara JPR.

IV. Pengundi perlu memastikan borang undian yang diterima semasa pendaftaran ahli adalah borang asli yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya (JPR).

V. Pengundi mestilah menghadirkan diri pada tempat dan masa yang telah ditetapkan oleh JPR.

VI. Pengundian melalui wakil hanya dibenarkan kepada ahli yang mempunyai sebab-sebab yang munasabah sahaja. Permohonan pengundian melalui wakil perlu diajukan terus kepada Pengarah atau Setiausaha JPR dengan membawa surat makluman dan pengenalan diri ahli yang hendak diwakili, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pengundian untuk dipertimbangkan.

VII. Pengundian melalui pos bagi yang berada di luar Jordan, perlu mendaftarkan diri untuk mengundi dan mereka perlulah memberitahu nama dan nombor kad pengenalan kepada pihak JPR.Seterusnya meraka akan diberikan no siri dan nombor siri itu akan digunakan untuk membuang undi dengan menggunakanspreadsheet.

VIII. Setiap undi adalah sulit.

IX. Pengundi-pengundi yang menimbulkan kekecohan sepanjang perlaksanaan pilihanraya berhak dihalau keluar oleh pihak JPR.

X. Setiap undian yang dibuat perlulah menepati prosedur yang telah ditetapkan oleh JPR. JPR berhak untuk menolak mana-mana undian yang tidak mematuhi prosedur dan/atau syarat-syarat yang telah ditetapkan.

XI. Keputusan pilihanraya akan diisytiharkan oleh Pengarah JPR atau wakilnya.

XII. Pengendalian dan sebarang keputusan sepanjang pilihanraya adalah tertakluk kepada JPR.

XIII. Sebarang keputusan yang dibuat oleh JPR adalah MUKTAMAD.


PROSEDUR MENGUNDI 
Bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan menepati kehendak JPR, pengundi dinasihati agar meneliti dan mematuhi prosedur pengundian seperti berikut :

1. Daftar nama di kaunter pendaftaran dengan membawa bersama pengenalan diri (hawiyah atau iqamah atau lain-lain yang difikirkan munasabah oleh JPR)

2. Ambil sehelai sahaja borang pengundian dan pastikan borang yang diterima adalah asli dan telah disahkan oleh pihak JPR.

3. Baca arahan yang tertera pada borang pengundian. Sila rujuk ahli JPR yang bertugas sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau masalah.

4. Pergi ke meja undian seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JPR.

5. Undi dengan menggunakan pensel yang telah disediakan sahaja.

6. Pastikan undian yang dibuat menepati arahan yang tertera di borang pengundian.

7. Lipat borang JPR seperti yang telah diarahkan oleh JPR.

8. Masukkan borang undi anda ke dalam tabung undi yang disediakan.

9. Keluar dari tempat pengundian sebaik sahaja pengundian selesai dilakukan.

10. Sepanjang proses pengundian berjalan, sila ambil perhatian dan patuhi segala arahan dan pengumuman yang dibuat oleh mana-mana pihak JPR.