Friday, April 15, 2011

Syarat-syarat Pencalonan

Berikut merupakan syarat-syarat pencalonan :


1) Pencalonan hendaklah dibuat berpandukan nama-nama yang telah dilampirkan sahaja.


2) Pencalonan-pencalonan yang dibuat adalah bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi PERMAI sahaja.


3) Ahli siswa PERMAI dikehendaki mengisi borang dengan mencalonkan 5 nama siswa daripada JUST dan 5 nama dari universiti Yarmouk.


4) Ahli siswi PERMAI dikehendaki mengisi borang dengan mencalonkan 5 nama siswi daripada JUST dan 5 nama dari universiti Yarmouk.


5) Sebarang pencalonan yang melebihi atau kurang daripada kuota yang dinyatakan akan ditolak serta-merta.


6) Ahli siswa PERMAI sama sekali TIDAK DIBENARKAN untuk mencalonkan nama siswi PERMAI dan begitu juga sebaliknya.


7) Ahli rasmi PERMAI yang layak membuat pencalonan mestilah mempunyai baki pengajian sekurang-kurangnya 1 semester daripada tarikh surat pencalonan dikeluarkan.


8) Pencalonan mestilah dibuat dengan menggunakan borang asal yang disahkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya sahaja.


9) Ahli rasmi yang berada di luar Jordan sepanjang tempoh pilihanraya tidak layak mencalonkan dan dicalonkan.


p/s : Sila patuhi syarat-syarat di atas untuk memastikan pencalonan anda diambil kira. 


Sekian.

No comments:

Post a Comment