• Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

    Sepertimana yang sedia maklum, Pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012 akan berlangsung pada hari Jumaat 29 April 2011.

    Bagi fasa pertama iaitu fasa pemilihan calon, saya sertakan perjalanan masa untuk rujukan ahli PERMAI semua.

    14 - 16 April 2011
    Wakil-wakil JPR* mengedarkan borang pencalonan kepada ahli PERMAI

    14 - 18 April 2011
    Fatrah mengisi dan menghantar semula borang pencalonan kepada wakil-wakil JPR*

    19 April 2011
    Tarikh akhir menghantar dan mengumpulkan semula borang pencalonan.

    19 -20 April 2011
    Pengiraan undi pencalonan dijalankan oleh AJK JPR.

    21 April 2011
    Nama-nama yang dicalonkan akan diumumkan kepada ahli PERMAI.

    Untuk sebaran sebarang maklumat berkaitan Pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012 ini, kami akan menggunakan beberapa medium seperti berikut.
    1) Yahoo group PERMAI (Untuk makluman sahaja)
    2) Group facebook ini
    3) Blog rasmi JPR (akan menyusul)
    4) YM PERMAI (Untuk makluman ringkas)
    dan lain-lain.

    Mohon kepada ahli PERMAI supaya intabeh dan cakna dengan sebarang maklumat yang akan disampaikan. Mohon juga kerjasama dari semua ahli PERMAI untuk join group JPR di facebook dan menginvite sahabat-sabahat yang lain.

    *Senarai nama wakil-wakil JPR beserta pecahan kawasan masing-masing akan dimaklumkan kemudian.

    Sekian,

    "CEKAP, TELUS, BERWAWASAN"



    MUHAMMAD NURSALAM BIN ABDULLAH
    Pengarah jawatankuasa pilihanraya PERMAI 2011/201
    2