Tuesday, April 26, 2011

Peraturan pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012

PENGIRAAN KEPUTUSAN PENGUNDIAN

Berikut merupakan cara-cara JPR mengira undi bagi pilihanraya kali ini :

1. Undi rosak
Sebarang undian dikira rosak sekiranya :


I. Bilangan undi yang dibuat kurang atau lebih daripada bilangan yang ditetapkan oleh JPR.


II. Pengundi menggunakan symbol selain pangkah (X) pada kotak yang disediakan


III. Pengundi meletakkan nama calon Presiden bukan daripada 6 nama yang dipilih daripada senarai calon-calon yang bertanding.


IV. Pengundi meletakkan nama calon Ketua HELWI bukan daripada 6 nama yang dipilih daripada senarai calon-calon yang bertanding.


V. Tulisan tidak boleh dibaca/difahami.


VI. Undian yang dilakukan tidak mencukupi / melanggar syarat / prosedur yang telah ditetapkan oleh JPR.
2. Penentuan Ahli MT PERMAI 2011/2012 


I. Calon-calon pilihanraya akan bertanding dalam kategori tertentu mengikut universiti masing-masing.


II. Bagi kategori siwa, 2 calon yang memenangi undi terbanyak daripada kedua-dua universiti akan diisytiharkan sebagai ahli Majlis Tertinggi PERMAI. Manakala tempat kosong yang kelima akan dipilih daripada undian yang terbanyak tanpa mengira universiti. Seterusnya, penyandang jawatan Presiden akan diambil daripada undian terbanyak daripada pada ruang pencalonan Presiden.


III. Bagi kategori siswi, 2 calon yang memenangi undi terbanyak daripada kedua-dua universiti akan diisytiharkan sebagai ahli Majlis Tertinggi PERMAI. Manakala tempat kosong yang kelima akan dipilih daripada undian yang terbanyak tanpa mengira universiti. Seterusnya, penyandang jawatan Ketua HELWI akan diambil daripada undian terbanyak daripada pada ruang pencalonan Ketua Helwi.


IV. Sekiranya berlaku persamaan bilangan undi bagi calon-calon, yang seterusnya akan mempengaruhi penentuan ahli MT PERMAI, pihak JPR akan membuat cabutan undi bagi menentukan calon yang akan diisytiharkan sebagai ahli MT PERMAI.
3. Penentuan penyandang jawatan Presiden dan Ketua Helwi sesi 2011/2012 

I. Jawatan Presiden PERMAI akan disandang oleh calon syabab yang memperoleh undian terbanyak bagi kerusi Presiden yang dipertandingkan.

II. Jawatan Ketua HELWI pula akan disandang oleh calon akhawat yang memperoleh undian terbanyak bagi kerusi Ketua HELWI yang dipertandingkan.

III. Sekiranya berlaku pertembungan jumlah bilangan undi, maka bilangan undian bagi calon-calon tersebut di kotak undian MT akan diambil kira.

IV. Penyandang jawatan Presiden dan Ketua HELWI tidak ditetapkan untuk mana-mana universiti.

V. Cabutan undi akan dibuat oleh JPR sekiranya pertembungan masih berlaku selepas pengiraan di kotak undi MT diambil kira.

SYARAT-SYARAT MENGUNDI 

I. Hanya ahli rasmi dan ahli bersekutu PERMAI sahaja yang layak untuk mengundi.

II. Pengundian hendaklah dibuat berpandukan nama-nama yang dipertandingkan sahaja.

III. Pengundi hendaklah mendaftarkan diri sebelum mengundi dengan membawa bersama kad pengenalan diri (iqamah atau hawiyah atau lain-lain yang difikirkan munasabah oleh JPR). Sebarang pengecualian tertakluk kepada budi bicara JPR.

IV. Pengundi perlu memastikan borang undian yang diterima semasa pendaftaran ahli adalah borang asli yang telah disahkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya (JPR).

V. Pengundi mestilah menghadirkan diri pada tempat dan masa yang telah ditetapkan oleh JPR.

VI. Pengundian melalui wakil hanya dibenarkan kepada ahli yang mempunyai sebab-sebab yang munasabah sahaja. Permohonan pengundian melalui wakil perlu diajukan terus kepada Pengarah atau Setiausaha JPR dengan membawa surat makluman dan pengenalan diri ahli yang hendak diwakili, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pengundian untuk dipertimbangkan.

VII. Pengundian melalui pos bagi yang berada di luar Jordan, perlu mendaftarkan diri untuk mengundi dan mereka perlulah memberitahu nama dan nombor kad pengenalan kepada pihak JPR.Seterusnya meraka akan diberikan no siri dan nombor siri itu akan digunakan untuk membuang undi dengan menggunakanspreadsheet.

VIII. Setiap undi adalah sulit.

IX. Pengundi-pengundi yang menimbulkan kekecohan sepanjang perlaksanaan pilihanraya berhak dihalau keluar oleh pihak JPR.

X. Setiap undian yang dibuat perlulah menepati prosedur yang telah ditetapkan oleh JPR. JPR berhak untuk menolak mana-mana undian yang tidak mematuhi prosedur dan/atau syarat-syarat yang telah ditetapkan.

XI. Keputusan pilihanraya akan diisytiharkan oleh Pengarah JPR atau wakilnya.

XII. Pengendalian dan sebarang keputusan sepanjang pilihanraya adalah tertakluk kepada JPR.

XIII. Sebarang keputusan yang dibuat oleh JPR adalah MUKTAMAD.


PROSEDUR MENGUNDI 
Bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar dan menepati kehendak JPR, pengundi dinasihati agar meneliti dan mematuhi prosedur pengundian seperti berikut :

1. Daftar nama di kaunter pendaftaran dengan membawa bersama pengenalan diri (hawiyah atau iqamah atau lain-lain yang difikirkan munasabah oleh JPR)

2. Ambil sehelai sahaja borang pengundian dan pastikan borang yang diterima adalah asli dan telah disahkan oleh pihak JPR.

3. Baca arahan yang tertera pada borang pengundian. Sila rujuk ahli JPR yang bertugas sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau masalah.

4. Pergi ke meja undian seperti yang telah ditetapkan oleh pihak JPR.

5. Undi dengan menggunakan pensel yang telah disediakan sahaja.

6. Pastikan undian yang dibuat menepati arahan yang tertera di borang pengundian.

7. Lipat borang JPR seperti yang telah diarahkan oleh JPR.

8. Masukkan borang undi anda ke dalam tabung undi yang disediakan.

9. Keluar dari tempat pengundian sebaik sahaja pengundian selesai dilakukan.

10. Sepanjang proses pengundian berjalan, sila ambil perhatian dan patuhi segala arahan dan pengumuman yang dibuat oleh mana-mana pihak JPR.

No comments:

Post a Comment