Friday, April 22, 2011

Maklumat Penarikan Diri Calon-calon Pilihanraya

[Pengarah]


Assalamualaikum warhmatullah wabarakaatuh.

Merujuk perkara di atas (PENARIKAN DIRI CALON AHLI MAJLIS TERTINGGI DALAM PILIHANRAYA PERMAI SESI 2011/2012), saya dengan sepenuh rasa amanah mengumumkan keputusan penarikan diri calon pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012

Calon yang permohonannya diterima adalah seperti berikut :

SYABAB

1. Muhamad Arif Hakimi bin Mohd Noor
2. Ahmad Firdaus bin Kadir
3. Ammar bin Ismail

AKHAWAT 

1. Farhanah binti Tajurudin
2. Nur Farah Aisyah binti Nazim
3. Sarah binti Abdul Razak 

Sehubungan dengan itu, calon yang undian tertinggi selepas daripada mereka diambil bagi mengganti kekosongan ini. Calon-calon tersebut ialah :

SYABAB 

1. Ahmad Harith bin Zabidi Azhar
2. Khubaib bin Muhamad Asmadi
3. Muhammad Hatta bin Shafri

AKHAWAT 

1. Nadhirah binti Abdul Kadir
2. Nurfadhilah binti Husin
3. Wan Nabilah binti Wan Jamil

Keputusan ini dibuat setelah diadakan perbincangan sesama ahli JPR. Keputusan ini adalah muktamad. 


PROSES DAN SYARAT PENARIKAN DIRI CALON BARU AHLI MAJLIS TERTINGGI DALAM PILIHANRAYA PERMAI SESI 2011/2012

Calon-calon tidak dibenarkan menarik diri melainkan dengan alasan yang difikirkan munasabah oleh pihak JPR dan mematuhi prosedur-prosedur berikut: 
I. Menghantar surat penarikan diri calon dalam tempoh 24 jam selepas tempoh penamaan calon (sebelum 2.30 pm 23 April 2011) beserta surat sokongan kepada Pengarah atau setiausaha JPR .
II. Penarikan diri hanya dikira sah setelah diisytiharkan oleh pihak JPR.

PROSES BANTAHAN PENCALONAN BARU AHLI MAJLIS TERTINGGI DALAM PILIHANRAYA PERMAI SESI 2011/2012

Berikutan penamaan calon baru ini, pihak JPR memberi peluang kepada mana-mana ahli PERMAI untuk membuat bantahan terhadap mana-mana calon baru yang dirasakan tidak layak untuk dicalonkan.

Mana-mana ahli PERMAI yang ingin berbuat demikian perlu mematuhi prosedur-prosedur :
I. Menghantar surat bantahan pencalonan dalam tempoh 24 jam selepas tempoh penamaan calon (sebelum 2.30 pm 23 April 2011) beserta surat sokongan kepada Pengarah atau setiausaha JPR.
II. Bantahan hanya dikira sah setelah diisytiharkan oleh pihak JPR.

WARTA BERKEMPEN

Berikutan penamaan calon ini, pihak JPR memberi peluang kepada calon-calon dan / atau wakilnya yang terdiri daripada ahli PERMAI untuk berkempen mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Tempoh untuk calon-calon dan/atau wakil calon berkempen bermula pada 24 April 2011 dan berakhir pada 28 April 2011 pada jam 10.00 malam.

Peraturan ringkas berkaitan kempen adalah seperti berikut:
i. Calon hanya dibenarkan berkempen dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh JPR.
ii. Pihak JPR mempunyai kuasa penuh untuk mengambil sebarang tindakan dan keputusan bagi calon dan penyokong yang melanggar etika yang telah ditetapkan.
iii. *Peraturan tambahan berkaitan kempen akan dimaklumkan oleh pihak JPR kemudian.

" TELUS, CEKAP, BERWAWASAN"



Yang menjalankan amanah,

Muhammad Nursalam bin Abdullah

Pengarah,
Jawatankuasa pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012

No comments:

Post a Comment