[Setiausaha]
SESI MUHASABAH JPR 2011/2012
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnian-Nya, Pilihanraya PERMAI sesi 2011/2012 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan pilihanraya PERMAI sesi ini.Harapan kami, Jawatankuasa Piliharaya(JPR) PERMAI supaya semua ahli PERMAI dapat memberikan kerjasama yang sebaik mungkin kepada barisan MT yang telah dipilih bagi melicinkan perjalanan PERMAI.
Dengan ini, pihak JPR dengan rendah dirinya membuka ruangan muhasabah buat semua ahli PERMAI. Sebarang kritikan, komen, cadangan terutamanya buat sesi akan datang bolehlah dihantar terus ke email khas JPR : jprlapanpermai@yahoo.com.
Saya, mewakili semua ahli JPR sesi ini ingin memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang pilihanraya kali ini dikendalikan.
Sekian,terima kasih.
No comments:
Post a Comment